Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Asam Rebus Kacang Panjang

السلام عليكم

Sebelum berkahwin, aku tak pernah makan asam rebus kacang panjang ni. Biasanya aku makan asam rebus batang keladi jer. Masa bertunang dulu, gi rumah bakal mertua, adik ipar masak asam rebus kacang panjang ni. Barulah tahu... kacang panjang pun sedap dimasak asam rebus.

Nak buat pun senang jer.

Asam Rebus Kacang Panjang

Bahan-bahannya:-

Kacang panjang 5 batang
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili merah 1 biji
Belacan <> 1 cm
Asam keping 1 keping
Asam jawa 1 sk
Ikan bilis sedikit
Air 2 cawan
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan dikisar halus. Manakala ikan bilis ditumbuk kasar @ pecah-pecah.
Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk.

Masak sehingga mendidih dan kacang panjang lembut.

Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.

Senang jer kan buat dia? Main campak-campak jer.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: