Labels

Ais Krim (2) Ayam (13) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (9) Ekor (2) Ikan (13) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (70) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (18) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (3) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (4) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Sotong Masak Kicap Dengan Kentang

السلام عليكم

Hari ni aku nak kongsikan menu sotong. Kalau ikutkan, kat rumah, kalau sotong diorang suka kalau buat sambal. Tapi kali ni kiter buat sotong masak kicap pulak.

Walaupun menu ni mudah, tapi bahan dia agak banyak jugak sebab ada gunakan rempah ratus. Tulah yang buat sedap.

Lepas tu ditambah pulak dengan kentang goreng ala wedges yang dimasukkan bersama, memang jadi rebutan anak-anaklah...

Jom cuba resepi mudah ni.

Sotong Masak Kicap Dengan Kentang

Bahan-bahannya:-

Sotong 5-6 ekor
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili merah 1 biji
Cili hijau 1 biji
Kulit kayu manis 1 batang
Buah pelaga 3-4 biji
Bunga lawang 1-2 biji
Bunga cengkih 5-6 biji
Cili padi 5-6 tangkai
Kicap pekat ABC 5-6 sudu besar
Sos tomato 1 sudu besar
Air 1/2 cawan
Gula 1 sudu kecil
Kentang 2 biji
Tepung jagung 2 sudu besar
Garam dan secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:-

Bersihkan sotong dan potong nipis.

Bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau dimayang halus.

Kentang dipotong ala wedges dan dilumurkan dengan tepung jagung dan sedikit garam.

Kemudian gorengkan secara deep fry sehingga kekuningan.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumiskan segala bahan yang dimayang (kecuali cili merah dan hijau) tadi beserta dengan rempah ratus.

Kemudian masukkan sos tomato dan kicap pekat.

Aku suka gunakan kicap pekat ABC. Rasanya lebih sedap!

Kemudian masukkan sedikit air dan sotong.

Gaul rata dan masukkan cili merah dan cili hijau yang telah dimayang halus.

Kemudian masukkan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi.

Masukkan sedikit garam, gula dan secukup rasa. Gaul semua sehingga sekata.

Sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: