Labels

Ais Krim (2) Ayam (13) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (10) Ekor (2) Ikan (13) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (70) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (18) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (3) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (4) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Ikan Bawal Masak Taucu

السلام عليكم

Hari ni aku nak kongsikan resepi yang pertama kali aku cuba. Resepi ni aku dapat dengan google jugak tapi ada banyak sangat version. Jadinya, resepi kali ni aku olah dari resepi-resepi yang aku jumpa. Maka terhasillah menu yang sedap ni.

Memang sedap. Lebih-lebih lagi sebab aku suka kacang soya.

Jom cuba!

Resepi ada di bawah ni.

Ikan Bawal Masak Taucu

Bahan-bahan:-
Ikan bawal 1 ekor
Taucu 2 sudu besar
Bawang besar 1 biji
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Serai 1 batang
Cili merah 1 tangkai
Cili hijau 1 tangkai
Timun 1 biji kecil
Pes asam jawa 1 sudu kecil
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Air 1 cawan
Gula 1 sudu besar
Garam dan secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:-

Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga kekuningan dan toskan.

Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah diketuk.

Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau yang telah dimayang halus. Bawang kecil biarkan sebiji-sebiji, tumis sekali.

Kemudian masukkan taucu.

Aku gunakan taucu jenama Bilal ni. Cantik jer kacang-kacang dia dan tak perlu dibasuh. Boleh guna terus.

Kacau semua hingga sekata.

Kemudian masukkan air dan asam jawa serta gula.

Kemudian masukkan timun yang telah dipotong panjang-panjang.

Biarkan seketikan dan masukkan ikan. Gaul semua dan sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: