Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Ketupat Daun Palas Dengan Kacang Soya

السلام عليكم

Hari raya haji yang lepas aku berkesempatan belajar buat ketupat palas dengan emak. Ketupat palas yang emak buat memang sedap sangat. Pulutnya lembut dan sangat berlemak. Memang terbaik.

Biasanya emak buat ketupat palas letak kacang soya. Memang bertambah-tambah sedaplah. Makan pulak dengan sambal sotong kering. Pergghhhh... merecik-recik peluh.

Ini first time sebenarnya dapat tengok emak sediakan ketupat palas dari mula sehinggalah siap. Biasanya kalau emak buat, dah siap, baru aku sampai rumah emak abah. Tinggal makan jer. Huhuhu...

Alhamdulillah... kali ni dapat belajar cara buat ketupat palas pulak. Lepas ni bolehlah cuba buat ketupat palas sesedap emak buat.

Untuk resepi, ada di bawah.

Ketupat Daun Palas Dengan Kacang Soya

Bahan-bahannya:-

Beras pulut susu 1 kg
Kacang soya 300 gm
Santan pekat 1 kg
Garam secukup rasa
Daun pandan 1 helai

Cara-caranya:-

Biasanya kelongsong ketupat palas akan dibentuk terlebih dahulu.

Mulakan dengan merendam kacang soya selama sejam. Kemudian rebus sehingga kacang soya lebut.

Tos dan ketepikan.

Beras pulut dibersihkan dan direndam dalam sejam. Kemudian toskan.

Letakkan pulut dalam pengukus dan kukus dalam setengah jam atau sehingga pulut hampir masak.

Masukkan pulut ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kacang soya yang telah direbus tadi beserta dengan santan dan garam secukup rasa. Gaulkan semuanya sekata.

Kukus semula dalam 15-20 minit.

Kemudian masukkan dalam mangkuk dan biarkan sejuk seketika.

Bolehlah masukkan ke dalam kelongsong ketupat palas yang telah dibentuk tadi.

Daun ketupat palas tu mesti dibentuk segitiga kemudian masukkan pulut sehingga padat ke dalam kelongsong.

Kemudian anyam/lilit daun palas yang panjang tu mengikut bentuk segitiga sehingga masukkan bahagian hujungnya ke dalam 'poket' dan ikat hujungnya. Kalau lebihan daun tu panjang sangat, bolehlah gunting bagi pendek.

Kalau ikutkan hasil anyaman ketupat palas ni, ada yang 'jantan' dan ada 'betina'nya. Tapi aku tak tau macam mana nak beza. Orang lama tau lah kot.

Ketupat palas yang dah siap dianyam bolehlah dikukus lagi dalam 10-15 minit atau sehingga daun palas layu atau kekuningan.

Korang jugak boleh frozenkan ketupat palas ni dan kukus jer kalau nak makan.

Emak kata, kalau arwah nenek dulu akan simbah lagi santan pekat ke atas ketupat yang sedang dikukus ni. Katanya ketupat akan berasa lebih lemak lagi. Tapi mak tak suka buat cara macam tu sebab ketupat akan jadi comot dengan santan.

Siap untuk dihidangkan!

Sedapnya ketupat daun palas dengan kacang soya.

Ketupat daun palas ni sebenarnya sedap kalau makan dengan serunding daging atau ayam.

Kali ni aku makan dengan sambal sotong kering pun sedap!

Tapi kalau makan begitu sahaja tanpa lauk pun sedap!

Ada sesetengah orang nak senang diorang tak kukus tapi tanak pulut macam masak nasi dan rebus ketupat yang dah siap diikat. Rasa dia... kureng sikit... tekstur pulut pun tak kenyal tapi lembik.

Agak leceh kalau mengukus tapi rasa dia jauh lebih sedap. Serius!

Kalau tak percaya. Cuba yer... Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: