Labels

Ais Krim (2) Ayam (13) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (9) Ekor (2) Ikan (13) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (70) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (18) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (3) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (4) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Sawi Putih Masak Lemak Putih

السلام عليكم

Aku suka lauk ni. Nak-nak kalau lawan dengan nasi panas-panas, ikan kembung goreng dan sambal belacan. Perghhh... bertambah-tambah makan. Bahaya... huhuhu...

Nak sediakan menu ni pun mudah jer. Memang sesuai sangat kalau nak masak dengan cepat. Lebih-lebih lagi bila ada masa yang singkat lepas balik kerja.

Dalam menu kali ni aku gunakan kepingan kek ikan untuk menambahkan bahan dan rasa. Korang boleh gantikan dengan ikan bilis dan udang kering, kalau korang suka.

Jom buat menu simple ni! Resepi di bawah.

Sawi Putih Masak Lemak Putih

Bahan-bahannya:-

Sawi putih 1-2 pokok
Kepingan kek ikan 3-4 keping
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili merah 1 tangkai
Santan pekat 1/2 cawan
Air 2 cawan
Garam dan secukup rasa

Cara-caranya:-

Potong dan bersihkan sayur sawi putih. Asingkan daun dan batangnya.
Bawang merah, bawang putih dan cili merah dimayang halus.
Kepingan kek ikan dipotong memanjang atau ikut suka hati korang.
Di dalam periuk, didihkan air dan masukkan semua bahan-bahan yang telah dimayang tadi.
Bila air dah mendidih, masukkan batang sayur. Bila batang sayur dah hampir layu, masukkan daun, kek ikan dan santan.
Perasakan dengan garam dan secukup rasa.

Masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah minyak.
Masak sehingga daun menjadi layu.
Sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: