Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Daging Masak Merah

السلام عليكم

Hari ni hari pertama bekerja dari rumah disebabkan Covid-19. Terasa penat sangat. Jadinya aku sediakan menu yang mudah jer untuk dijadikan juadah makan malam kitorang sekeluarga.

Menu ringkas malam ni ialah Daging Masak Merah. Senang jer nak buat dan yang penting anak-anak dan suami suka.

Jom ikuti resepi mudah di bawah ni.

Daging Masak Merah

Bahan-bahannya:-

Daging 500 gm
Pewarna merah 1 sudu besar
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Cili merah 1 batang
Cili giling 5 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Gula 1 sudu kecil
Asam jawa 1 sudu kecil
Kuib pati lembu 1/2 kiub
Air
Garam dan secukup rasa

Cara-caranya:-

Rebuskan ketulan daging dengan pewarna merah.

Rebus lebih kurang 20-30 minit, sehingga daging menjadi merah.

Keluarkan daging dari air rebusan. Air rebusan jangan dibuang sebab kita akan gunakan kemudian.

Hiris daging nipis-nipis.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili giling berserta bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah yang telah dihiris halus.

Kemudian masukkan sos tiram.

Gaulkan semua sehingga rata.

Kemudian masukkan daging yang telah dihiris nipis tadi. Masukkan juga kiub pati daging.

Masukkan sedikit asam jawa. Tambah air dari air rebusan tadi sedikit demi sedikit supaya daging tak kering.

Masak sehingga daging menjadi empuk. Jangan lupa masukkan gula, garam dan secukup rasa.

Kemudian bolehlah dihidangkan.

Tadi enche Neezam tolong masakkan sayur dan aku tambah telur dadar dan sambal belacan untuk makan malam.

Jadilah dinner kami anak-beranak. Naufal memang suka makan daging. So, memang asyik cakap sedap jer lah. Hehehhe... Alhamdulillah...

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram#juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: