Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Bayam Goreng Chinese Style

السلام عليكم

Dapat sayur bayam hidroponik hari ni. Comel-comel jer saiz daun dan batang bayam ni. Nak masak apa yer bayam ni? Kiter goreng ala masakan Cina lah.

Chinese style atau Malay style sebenarnya lebih kurang sama jer bahan-bahan masakannya. Cuma kalau Chinese style, diorang suka tabur banyak bawang putih goreng dan gunakan minyak bijan dalam masakan.

Jom cuba resepi ni.

Bayam Goreng Chinese Style

Bahan-bahannya: -

Secekak sayur bayam
Bawang putih 5 ulas
Cili merah 1/2 biji
Sos tiram 1 sudu besar
Minyak bijan 1 sudu kecil
Tepung jagung 1 sudu kecil
Air 1/2 cawan
Garam dan secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Cincang semua bawang putih. Goreng 2/3 bawang putih sehingga garing dan ketepikan.

Kemudian tumiskan 1/3 lebihan bawang putih tadi dengan hirisan cili merah.

Gorengkan sehingga bawang putih hampir garing, kemudian tambahkan sos tiram dan sedikit air.

Masukkan sayur dan gaul sehingga mesra.

Tambahkan sedikit minyak bijan.

Dan bancuhan tepung jagung.

Bila bayam hampir layu, bolehlah hidangkan di dalam pinggan. Taburkan bawang goreng yang telah digoreng awal tadi ke atas masakan.

Sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram#juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: