Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Puff Sardin

السلام عليكم

Hari ni aku nak ajar buat puff sardin yang sangat mudah dan sedap! Memang mudah sangat! Percayalah... Macam tagline blog ni...
"Kiter masak senang-senang ajer..."

Huhuhu...

Hujung minggu hari tu, lepas subuh jer terus aku buat puff sardin. Ingatkan nak buat breakfast then simpan separuh untuk minum petang. Tapi... tak sempat tengahari dah habis!

Sedaplah tu!

Kenapa sedap sangat?

Jom kiter tengok rahsia buat puff sardin yang sangat mudah tapi sedap merecik-recik nih!

Puff Sardin

Untuk buat puff sardin ni, kita perlu sediakan inti sardinnya terlebih dahulu. Biasanya aku akan buat intinya sehari sebelum dan simpan dalam peti ais bahagian sejuk biasa. Keesokkan harinya, baru aku masukkan inti ke dalam puff.

Ini adalah supaya doh puff tersebut lebih stabil dan tak lembik kalau terkena inti panas dan minyak dari masakan sardin tu pun dah berkurangan sebab semua dah turun ke bawah.

So, kiter sediaakan inti sardinnya dahulu yer.

Inti Sardin

Bahan-bahannya:-

Sardin 1 tin kecil
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
Halia <> 1cm
Cili merah 1 biji
Cili padi - jika suka pedas
Tomato 1 biji
Gula 1 sudu kecil
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:-

Bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah dicincang halus. Kemudian digoreng di dalam kuali dengan sedikit minyak.

Bila semua bahan yang ditumis telah layu, masukkan 1 tin kecil ikan sardin.

Hancurkan ikan sardin tersebut.

Kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu.
Masukkan jugak gula dan garam secukup rasa.

Gaul sebati dan masak sehingga tomato layu.

Masukkan ke dalam bekas berpenutup yang sesuai dan simpan di dalam peti ais.

Jom kiter sediakan puffnya pula.
Sebenarnya nak buat puff ni senang jer sebab aku beli puff pastry yang siap. Tinggal nak masukkan initnya sahaja. Korang boleh dapatkan Puff Pastry Square jenama Kawan ni di kebanyakan pasaraya di bahagian sejuk beku.

Bahan-bahannya:-

Puff pastry square jenama Kawan 1 bungkus
Inti sardin
Kuning telur 1 biji
Mentega

Cara-caranya:-

Untuk buat puff sardin yang kecik-kecik comel tu, bahagikan puff pastry kepada 2 bahagian seperti di bawah.

Kemudian letakkan inti sardin.

Lipat dua dan kelim di bahagian tepinya.

Korang boleh kelim kalau pandai. Kalau tak, ambil garfu dan picit bagian tepi puff pastry tersebut dengan hujung mata garfu. Letakkan setiap biji puff sardin yang telah di buat tadi ke atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega di atas permukaan dulang tersebut.
Kemudian sapukan kuning telur di atas puff sardin tu.

Bakar di dalam oven dengan kepanasan 210°C-230°C selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga puff bertukar kuning keemasan.

Sedia untuk dihidangkan!

Serious sedap dan puas hati bila buat sendiri.

Korang jugak boleh buat lain-lain bentuk yang korang suka kalau pandai.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: