Tuesday, October 10, 2017

Ayam Kam Heong

السلام عليكم

First time buat ayam Kam Heong. Sedap pulak rasanya. Sama macam kedai makan Chinese Muslim yang pernah aku makan hari tu.

Nampak sedap kan?

Nak buat tak der lah susah sangat. Cuma gunakan agak banyak bahan.

Ayam Kam Heong

Bahan-bahannya:-

Ayam 500 gm
Bawang merah 4/5 biji *ditumbuk halus*
Bawang putih 2 biji  *ditumbuk halus*
Bawang besar 1 biji *dibelah 6*
Tepung jagung 3sb
Serbuk kari 2 sb
Sos tiram 2 sb
Kicap pekat (ABC) 2 sb
Kicap cair 2 sb
Minyak bijan 1 sb
Cili padi 7/8 biji *dihiris halus*
Daun kari 2/3 tangkai
Udang kering seganggam *ditumbuk*
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:-

Ayam yang telah dibersihkan digaul bersama tepung jagung dan sedikit garam.

Goreng sehingga kekuningan. Pastikan tidak terlalu garing.

Ketepikan ayam yang telah digoreng.
Sediakan satu mangkuk dan campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan minyak bijan.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus serta udang kering.
Bila dah agak garing, masukkan sos-sos yang telah dicampurkan tadi, cili padi dan daun kari.

Gaul rata.
Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong 6 dan ayam yang telah digoreng tadi.

Gaulkan sehingga semuanya sekata.
Sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: