Sambal Tumis Sotong Kembang

السلام عليكم

Sambal tumis kali ni aku buat untuk dimakan bersama dengan nasi lemak. Kalau nak buat sambal nasi lemak, sambalnya mestilah manis sedikit. Barulah merecik!

Aku memang suka makan sotong kembang ni dengan nasi lemak. Kalau beli nasi lemak kat luar pun, mesti nak sambal sotong kembang ni. Tapi kekadang tu tak puas hati sangat dengan sambal kat luar sebab sambalnya terlalu berair. Cair! So, terpaksa campur dengan sambal tumis biasa.

Tapi biasalah... kalau nak puas hati... masak sendiri!

Huhuhu...

Jom lah kiter masak sendiri... senang ajer!

Sambal Tumis Sotong Kembang

Bahan-bahannya:-

Sotong kembang 500-700 gm
Bawang merah 7-10 biji
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Cili giling 5 sudu besar
Asam jawa 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Sotong kembang dibersihkan dan dibuang tulang.

Kemudian dipontong kecil seperti gambar di bawah.

Rebus sotong selama 15-20 minit supaya sotong menjadi lembut.
Di dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar beserta dengan cili giling. Goreng sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan hirisan bawang besar.

Gaul rata dan kemudian masukkan sotong yang telah direbus dan dituskan airnya.

Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Gaul sebati dan biarkan masak dalam 10 minit lagi.
Sedia untuk dihidangkan!

Sedap makan dengan nasi lemak!

Yummeh!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: