Monday, October 30, 2017

Ngor Hiang @ Martabak Cina

السلام عليكم

Resepi kali ni aku cuba daripada facebook viral yang pernah singgah kat wall facebook aku. Nampak menarik dan macam mudah nak buat. Jadi aku pun cuba.

Memang tak rugi cuba sebab memang sedap!

Dah beberapa kali aku buat, barulah kali ni nak kongsikan dengan korang.

Ngor Hiang @ Martabak Cina

Bahan-bahannya:-

Kulit fucuk 2 bungkus
Daging ayam cincang 500 gm
Udang 200 gm *dibersihkan & dicincang*
Bawang besar 1 biji *dicincang*
Bawang putih 2 biji *dicincang*
Sengkuang 1 cawan *dihiris halus*
Lobak merah 1 cawan *dihiris halus*
Cendawan shiitake 1 cawan *dicincang*
Daun bawang *dihiris halus*
Telur 1 biji
Tepung beras 3 sb
Minyak bijan 1 sk
Sos tiram 2 sb
Kicap 2 sb
Serbuk lada putih 1 sk
Gula 1 sk
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Gaulkan semua bahan kecuali telur dan tepung.

Bila dah sebati, tambahkan telur.

Dan tepung.

Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

Fucuk yang keras tu direndam sekejap supaya jadi lembut.

Kemudian potong fucuk mengikut saiz yang bersesuaian.

Sebelum letakkan inti, lap sikit fucuk dengan kain bersih supaya fucuk tidak basah.
Letakkan sedikit inti daging yang telah disediakan tadi di bahagian tengah fucuk.

Lipatkan di bahagian kiri dan kanan fucuk. Sapukan sedikit bancuhan tepung untuk melekatkannya.

Kukus ngor hiang yang telah siap lebih kurang 10-15 minit.

Kemudian bolehlah digoreng dengan api sederhana besar.

Goreng sehingga fucuk nampak garing.
Garing tau... bukan hangit!
Sedia untuk dihidangkan! Memang sedap!

Ngor Hiang yang telah dikukus boleh jugak disimpan frozen. Bila-bila nak makan, cuma goreng jer.

#juliescookingwithluv


No comments: