Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Udang Breadcrumbs

السلام عليكم

Nak panggil apa ye resepi ni? Nak kata udang celup tepung tak lah celup tepung pun sebab aku gunakan serbuk roti. So, aku panggil resepi ni Udang Breadcrumbs lah yer. Macam komersial sikit. Huhuhu...

First time sebenarnya buat sendiri udang breakcrumbs ni. Biasanya suka order kat kedai. Tapi kat kedai makan biasanya memang udang tu cekup dengan tepung lah. Dan tepung ni lagi banyak dari udang. Dah macam jemput-jemput udang pulak.

Beberapa hari lepas aku tengok video chef udang ni. Macam-macam menu udang dia buat. Salah satu resepi dia, udang breadcrumbs ni lah. Macam sedap jer aku tengok. Dan kebetulan masa singgah ke kedai kek berdekatan dengan office ni, terjumpa pulak Japanese breadcrumbs ni. Memang serupa dengan yang chef udang dalam video tu buat. So, kiter buatlah!

Untuk resepi, ada di bawah yer.

Selamat mencuba!

Udang Breadcrumbs

Bahan-bahannya:-

Udang 15 - 20 ekor
Telur 1 atau 2 biji
Japanese breadcrums @ serbuk roti Jepun 1-2 cawan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Bersihkan udang. Buang kepala dan kulit. Tinggalkan ekor sahaja. Buang urat di belakang udang dan basuh bersih.

Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk dan tambahkan sedikit garam. Kemudian pukul sikit.

Sediakan serbuk di dalam satu mangkuk yang lain.
Satu persatu ekor udang dicelup ke dalam telur dan kemudian di dalam serbuk roti.
Ulang langkah ni 2-3 kali supaya udang diselaputi serbuk roti yang tebal.
Susun udang yang telah diselaputi serbuk roti di dalam pinggan yang kering.

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang satu persatu. Pastikan api sederhana kecil sahaja.

Goreng kedua-dua belah udang.
Bila udang dah kekuningan, boleh angkat dan tuskan minyaknya.
Sedia untuk dihidangkan!

Makan dengan sos cili Thai, memang sedap!

#juliescookingwithluv

No comments: