Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Kerutup Udang

السلام عليكم

Kerutup udang ni adalah salah satu lauk gemaran aku. Aku belajar masak kerutup ni dari emak.

Kalau korang google, sebenarnya ada banyak version kerutup ni. Dan kebanyakkannya macam leceh sangat sebab lebih banyak bahan dan ada rempah ratus lain. Tapi kerutup yang biasa emak buat ni, simple jer. Tapi rasa dia... terbaik!

So, resepi yang aku nak share ni adalah kerutup undang version emak aku ajar.

Selain daripada udang, korang boleh jugak gantikan udang dengan ikan bawal atau ikan pari. Ayam pun ok!

Untuk resepi, klik kat bawah ni yer. Selamat mencuba!

Kerutup Udang

Bahan-bahannya:-

Udang 10-15 ekor
Bawang merah besar 1 biji
Bawang kecil 5-7 biji
Bawang putih 2 ulas
Serai 4 batang
Cili giling 4 sudu besar
Santan pekat 1/2 cawan
Asam jawa 1/2 sk
Gula 1 sk
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihan udang. Cukup hanya buang muncung dan ekor udang sahaja. Tak perlu kopek kulit.

Kisar bawang kecil, bawang putih dan serai sehingga halus.

Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar dengan sedikit minyak.

Kemudian masukkan cili giling. Kalau suka pedas, boleh lebihkan lagi.

Tumiskan sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa serta sedikit asam jawa.

Gaul sebati semuanya dan masukkan santan pekat.

Biarkan seminit dua, kemudian bolehlah masukkan udang dan bawang besar yang dihiris.

Gaul semua dan biarkan udang masak dalam 4-5 minit.

Sedia untuk dihidangkan!

Senang jer kan?

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: