Saturday, October 14, 2017

Popia Seaweed

السلام عليكم

Sedap tau popia seaweed ni. Nak buat agak leceh dan mengambil masa. Tapi bila makan, sekejap jer habis. Huhuhu... My little Khairunns, si Niesreena dan Naufal suka sangat! Laju jer makan.

Jom cuba buat kudapan yang sedap ni!

Popia Seaweed
Bahan-bahannya:-

Kulit Popia 1 paket
Kepingan seaweed 2 paket

Putih telur 1 biji
Minyak untuk menggoreng
Batang lidi 1 untuk menggulung

Cara-caranya:-

Potong sekeping kulit popia tu kepada 8 bahagian. Jadi lebih kurang 10cm x 3cm setiap satu bahagian.
Manakala seaweed pulak digunting lebar lebih kurang 1cm x 10cm.
Mula-mula sediakan kulit popia dan sapukan sedikit telur putih di atasnya. Letakkan putih telur hanya di bahagian tengah tempat yang nak diletakkan seaweed.

Kemudian letakkan seaweed. Pastkan seaweed diletakkan sedikit keluar dari kulit popia seperti gambar di bawah.

Ini supaya apabila digulung, gulungan akan lebih kuat dan tidak terbukak.
Dengan menggunakan batang lidi, gulungkan kepingan popia dan seaweed tersebut. Letakkan sedikit putih telur di bahagian hujung kulit popia dan seaweed supaya gulungan tidak terbuka ketika menggoreng.

Jadilah hasilnya seperti ini.

Pastu goreng sehingga kekuningan.
Siap!

#juliescookingwithluv

No comments: