Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Kari Kepala Ikan Merah

السلام عليكم

Hari tu beli kepala ikan merah. Berkira-kira samada nak masak sup atau kari. Bila tengok bahan-bahan lain yang ada kat rumah, hmmmm... buat karilah!

Sedapnya kari kepala ikan. Berpeluh-peluh makan dengan nasi panas!

Kari Kepala Ikan Merah

Bahan-bahannya:-

Kepala ikan merah 700gm
Rempah kari ikan 1 paket kecil
Bawang merah 3/4 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 3cm
Kulit kayu manis 2 batang
Bunga lawang 1 kuntum
Bunga cengkih 3 biji
Halba 2 biji
Daun kari
Biji sawi 1 sk
Santan pekat ½ cawan
Air asam jawa ½ cawan
Air 5-6 cawan
Tomato 2 biji
Bendi 5 biji
Cili hijau 2 biji
Garam secukup rasa
Minyak ½ cawan

Cara-caranya:-

Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus. Aku biasanya akan kisar dengan minyak.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi serta herba-herba lain.

Goreng sehingga naik bau dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daun kari.

Dan serbuk kari ikan.

Gaulkan sehingga sebati.

Kemudian masukkan air dan kepala ikan merah.

Dan juga biji sawi serta garam secukup rasa.

Biarkan masak dengan api sederhana besar.
Selepas lebih kurang 3 minit, masukkan air asam jawa.

Dan santan.

Akhir sekali masukkan sayuran.

Biarkan masak selama beberapa minit lagi.

Bila dah mendidih dan bendi dah nampak masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap bau dia. Memang mengundang rasa lapar! Goreng papedem jap dan terus makan dengan nasi panas-panas. Perggghhhh... merecik!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: