Sunday, August 21, 2016

Smooth & Creamy Mashed Potato

Senang sebenarnya nak sediakan mashed potato atau kentang lenyek ni.

Niesreena suka makan kentang lenyek ni dengan ayam KFC. Tapi kali ni aku sediakan sebagai side dish untuk lamb chop.

Smooth and Creamy Mashed Potato

Bahan-bahannya:-

Ubi kentang 4 biji
Susu segar 1 cawan
Butter 2 sudu besar
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
Serbuk lada putih 1 sudu kecil
Serbuk cukup rasa 1 sudu
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihkan kentang dan rebus sehingga empuk.

Pastikan tidak terlalu empuk dan tidak terlalu keras.

Tuskan kentang dan lenyek. Masukkan sekali 1 sudu besar butter dan garam.

Bila kentang dah hancur, masukkan lagi 1 sudu butter serta serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan serbuk cukup rasa.
Kacau sehingga sebati.

Campurkan susu segar dan kacau lagi sehingga sebati.

Sedia untuk dihidangkan.

Senang jer kan.
Untuk sosnya, aku telah sediakan sos cendawan lada hitam untuk dimakan bersama dengan lamb chop.

Resepi sos cendawan lada hitam boleh klik di sini.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: