Sunday, August 7, 2016

Ayam Goreng Kunyit Pedas

Kalau beli ayam seekor, bahagian dada ayam selalunya hanya dibuat rencah tambahan jer. Masuk dalam mee atau sayur-sayuran. Kalau goreng seketul besar macam tu, mesti tak der saper nak ambik. Sian dada. Huhuhu...

Ini antara menu yang me'laku'kan bahagian dada. Baru semua orang makan...

Ayam Goreng Kunyit Pedas

Bahan-bahan:-

Dada ayam 3 keping
Serbuk kunyit 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Bawang besar 1 biji
Bawang merah 3/4 biji
Bawang putih 3 biji
Cili padi 5 biji
Cili merah 1 biji
Halia 1 cm
Daun limau purut 1 helai
Limau kasturi 2 biji

Cara-caranya:-

Bersihkan ayam dan dipotong dadu.

Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ayam dan goreng.
Bila dah kekuningan, bolehlah angkat dan tuskan minyak.

Jangan goreng terlalu garing. Kalau tak ayam akan jadi agak keras.
Bahan-bahan lain, dimayang dan dipotong halus.

Di dalam kuali, gunakan minyak yang sedikit untuk menggoreng semua bahan-bahan kecuali limau.
Goreng sehingga layu.

Tambahkan garam jika perlu.
Masukkan daging ayam yang telak digoreng tadi.
Perahkan limau.
Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: