Wednesday, July 27, 2016

Ikan Keli Sambal Petai

Sebelum ni aku ada kongsikan tips untuk membersihkan ikan keli dan cara-cara untuk menggoreng ikan keli ni. Ikan keli ni, kalau tak betul cara goreng dia, mau meletop-letop minyak masa menggoreng.

Hari ni nak kongsi resepi ikan keli sambal petai yang super sedap ni dengan korang.

Ikan Keli Sambal Petai

Bahan-bahan untuk menggoreng:-

Ikan keli 4 ekor
Rempah kunyit 1 sudu kecil
Tepung jagung 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sambal:-

Petai 2 papan (10/15 biji) dibelah dua
Cili giling 2 sudu besar
Bawang merah 7/8 biji
Bawang putih 2 biji
Air asam jawa
Gula 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihkan ikan. Cara-cara membersihkan ikan keli di sini.

Goreng dengan rempah kunyit, garam dan tepung jagung.

Goreng sehingga ikan betul-betul garing.

Angkat dan tuskan minyak.

Untuk sambal, kisar bawang merah dan bawang putih.
Kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam kuali.
Tumiskan juga cili giling.
Tumis sehingga naik minyak dan masukkan petai.

Masukkan asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Bolehlah dihidangkan bersama ikan keli yang telah digoreng tadi.

Selamat menjamu selera!

#juliescookingwithluv

No comments: