Ais Krim Sumi

Sekarang demam aiskrim Malaysia ke?

Ini aiskrim yang aku buat.

Actually aku dah buat ais krim Malaysia ni beberapa minggu lepas. Ni sebab tak nak Naufal dok beli ais krim kat sekolah. Habis baju sekolah kotor sebab makan ais krim.

Jadinya aku pun buatlah aiskrim ni kat rumah supaya Naufal tak beli aiskrim kat sekolah.

Macam-macam aiskrim ada.

Ais krim Milo

Asam boy

Sirap selasih

Sirap bandung

Dan jagung

Naufal dan Niesreena kata aiskrim mama buat lagi sedap daripada yang diorang beli kat sekolah.

Huh! Haruslah!

Tup tup beberapa hari lepas viral pulak pasal aiskrim cumi jeli. Kretif sungguh orang Malaysia ni kan. Nampak sedap! Hmmmm... kena cuba ni.

Kongsi resepi kat sini dulu. Insya Allah ada masa nanti kita try buat plak yer.

Aiskrim Sumi Jelly

Bahan-bahannya:-

☃ 1 tin susu pekat - boleh kurangkan atau lebihkan ikut tahap kemanisan yang korang nak
☃ 1 tin susu cair
☃ 1.5 liter air masak
☃ Secubit garam
☃ 3 paket sumi

Cara-caranya:-

☃ Masak semua bahan (kecuali sumi) sehingga mendidih
☃ Masukkan sumi dalam plastik aiskrim
☃ Bila susu yang dah dimasak tadi dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim
☃ Then masukkan dalam peti ais
☃ Bila dah beku... bolehlah nikmati kelazatannya!

Tak sabar nak try!

#juliescookingwithluv

No comments: