Setiap pagi, aku akan bangun lebih awal untuk sediakan sarapan untuk Niesreena dan Naufal sebelum ke sekolah. Diorang memang wajib bersarapan di rumah. Kadang-kadang aku gorengkan diorang nasi, nugget... kadang-kadang makan bijirin jer... dan kadang-kadang roti bakar.
Dan kalau ada roti kat rumah, terpaksalah diorang bersarapan roti beberapa hari, sebab nak menghabiskan stok roti sebelum tarikh luput. Tapi kenalah pelbagaikan resepinya. Kekadang buat roti bakar, kekadang sapu jer dengan jem atau kaya dan kekadang buat roti telur.
Hari ni aku nak kongsikan resepi roti yang disalut dengan telur dan berinti keju yang gebu-gebas dan mengenyangkan!
Roti Bersalut Telur Dengan Keju
Bahan-bahan:-
Roti putih 6 keping
Lapisan keju 3 keping
Telur 2/3 biji
Mayonis 1 sudu besar
Lada sulah/putih 1 sudu kecil
Sedikit daun sup + daun bawang
Butter
Sedikit garam
Cara-caranya:-
Pukul telur, mayonis dan garam sehingga agak kembang.
Kemudian masukkan lada sulah, daun sup dan daun bawang yang telah dicincang.
Sapukan butter pada kedua-dua belah roti.
Celupkan roti ke dalam telur. Pastikan telur kena pada kedua-dua bahagian.
Bakar di dalam kuali. Sebaik-baiknya kuali non-stick.
Bakar di kedua-dua bahagian roti.
Bila roti dan menguning, letakkan roti di dalam pinggan nak letakkan keju di atas roti yang masih panas.
Kemudian lapiskan satu lagi roti di atas keju.
Bolehlah potong roti pada bahagian yang lebih kecil dan sedia untuk dihidangkan.
Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga makan dengan sos cili jika suka.
Menu ni sesuai dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang.
Selamat mencuba!
#juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment