السلام عليكم
Harap tak terlewat lagi nak mengucapkan salam Aidiladha buat semua pembaca yang tersinggah di blog ni. Pertama kali merayakan Aidiladha di rumah sendiri, tahun ni kitorang terima daging korban yang diedarkan oleh jemaah surau. Sebelum ni, asal raya jer balik kampung. Selalu terlepas, tak dapat daging korban. Alhamdulillah... tahun ni ada rezeki kitorang.
Selain sekilo daging, kitorang dapat jugak sekilo lebih tulang. Bila tengok dapat tulang, terus terfikir nak buat soto sup tulang. Sedapnya...
Masa hari pertama raya hari tu, kitorang tak buat nasi impit seperti kebiasaannya. Aku masak laksa johor. So, dah dapat daging ni, bolehlah rebus nasi impit, buat soto.
Ni first time aku buat soto guna rempah soto. Biasanya aku guna rempah sup jer. Lainlah sikit rasa dia. Lebih sedap! Baru rasa soto Johor.
Jom cuba.
Soto Sup Tulang
Bahan-bahannya:-
Tulang 1.5 kg
Sup bunjut Adabi 2 pek
Rempah soto 100 gm
Kiub daging lembu 1 kiub
Bawang merah 5-7 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 inci
Serai 1 batang
Daun sup dan daun bawang
Air rebusan daging
Minyak untuk menumis
Garam dan secukup rasa
Bahan-bahan lain:-
Nasi impit
Suhun digoreng
Toge
Bawang goreng
Limau nipis
Cara-caranya:-
Rebus tulang sehingga lembut.
Kalau guna Noxxa, boleh guna HP 45 minit.
Bila daging dah lembut, ketepikan dulu. Air rebusan daging jangan dibuang sebab nanti kita masukkan dalam sup.
Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar serta herba-herba yang ada dalam bungkusan sup bunjut Adabi iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan juga serai yang telah diketuk. Bila tumisan dah pecah minyak, masukkan daging dan air rebusan daging serta sup bunjut.
Bila air dah mendidih, masukkan rempah soto. Kalau tak der rempah soto, bolehlah gantikan dengan rempah sup.
Biarkan mendidih dalam 10 minit supaya rasa rempah tu meresap dalam daging tu.
Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang.
Siap!
Selamat mencuba!
Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.
Jom klik di bawah.
Instagram #juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment