Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ikan Pari Bakar Sambal Petai

السلام عليكم

Semalam enche Neezam beli petai. Besar-besar mata dia dan murah. 7 tangkai baru RM10.

Teringat dalam peti ais ada ikan pari yang baru dibeli beberapa hari lepas. Hmmm... buat ikan bakar sambal petai sedap jugak ni. Minta enche Neezam carikan daun pisang. Dia laju jer keluar cari. Huhuhuhu...

Alhamdulillah... lauk tengahari tadi...

Enche Neezam dan my little Khairunns laju jer makan. Sedap kata diorang... Alhamdulillah...

Untuk resepi, klik kat bawah ya.

Ikan Pari Bakar Sambal Petai

Bahan-bahan:-

Ikan pari 2 keping
Petai 2-3 tangkai
Cili giling 3 sb
Bawang merah 5-6 biji
Bawang putih 2 ulas
Serai 2 batang
Halia 1 inci
Asam jawa 1 sb
Gula 1 sb
Garam dan secukup rasa
Daun pisang dan aluminium foil untuk balut ikan

Cara-caranya:-

Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga halus.

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan cili giling sehingga pecah minyak.


Kemudian masukkan gula, garam dan secukup rasa.


Kemudian masukkan asam jawa.


Gaulkan semuanya dan kemudian masukkan petai.


Gaul semua sehingga mesra gitew...


Siap sambal petai.

Untuk bakar ikan, sediakan daun pisang yang telah dilayurkan dan dibersihkan serta alumium foil.


Letakkan sedikit sambal petai tadi di atas daun pisang.


Kemudian letakkan ikan dan sambal lagi di atas ikan.


Balut ikan dengan daun pisang dan aluminium foil.


Bakar ikan di atas pemanggang atau kuali dengan api sederhana besar. 

Setiap bahagian lebih kurang 10-15 minit.


Dah siap!

Bolehlah dihidangkan dengan air asam kalau korang suka. Kalau tak, makan begitu sahaja pun dah ok.


Sedapnya... kitorang anak beranak memang suka ikan pari.


Alhamdulillah... rezeki hari ni...


Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: