Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Salted Egg Cornflakes @ Emping Jagung Telur Asin

السلام عليكم

Hujung minggu yang lepas, tak der buat apa. Duduk duduk... boring-boring... tetiba rasa nak mengunyah. Tapi tak der jajan kat rumah. Huhuhu...

Bukak kabinet dapur, tengok ada cornflakes. Nak makan dengan susu macam rasa berat sangat pulak.

Tetiba teringat kat dapur ada serbuk telur asin, daun kari dan butter. Hmmmm... apa lagi...

Tang tung tang tung kejap... jadilah salted egg cornflakes @ emping jagung telur asin ni. Sekejap jer buat dia...

Pernah beli hari tu, anak-anak makan laju jer. Mama dia makan serdak jer. Sadis...

Ni kalau tinggal serdak jugak, mama cari batu belah, batu bertangkup. Huhuhu...

Uuuuuu sedapnyer...

Senang jer nak buat. Jom ikut resepi di bawah.

Salted Egg Cornflakes @ Emping Jagung Telur Asin

Bahan-bahannya:-

Nestle Cornflakes 275 gm (kotak kecil)
Butter 4-5 sudu besar
Serbuk telur masin 4 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Daun kari seberapa banyak yang korang suka
Cili merah 2-3 tangkai dimayang halus

Cara-caranya:-

Panaskan butter sehingga cair dengan api kecil.

Setelah butter cair, tumiskan daun kari dan cili merah yang telah dimayang halus.

Daun kari dan cili tu letaklah ikut suka korang. Kalau suka lebih, letak lebih. Aku suka letak daun kari lebih. Bila tergigit daun kari rangup tu... sedapnya. Aromanya pun sedap.

Lebih kurang 3 minit selepas tu, masukkan pula serbuk telur asin dan gula.

Gaul sehingga semuanya rata.

Bila dah timbul buih-buih, bolehlah masukkan cornflakes dan gaul rata.

Kemudian masukkan cornflakes tadi di dalam dulang untuk dibakar di dalam oven seketika.

Panaskan oven 180° dan bakar lebih kurang 5 minit. Proses ini supaya cornflakes dan daun kari akan rangup dan kekal rangup dalam jangka masa panjang.

Hmmmm... sedapnya...

Senang jer kan buat dia? Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: