Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ekor Goreng Dengan Akar Teratai

السلام عليكم

Waaaaa... sejuknya pagi Jumaat ni. Awal-awal lagi hujan dah turun dengan lebat. Sedapnya kalau boleh sambung tidur semula. Hahahhaha... tapi tu tak mungkin. Sekejap lagi nak bersiap-siap untuk ke tempat kerja pula. Tapi kita kasi up satu resepi dulu yer...

Resepi kali ni aku belajar sendiri sebab tak jumpa kat internet. Dulu masa kat Melbourne, kitorang suka sangat makan ekor goreng ni di sebuah kedai Indonesia, Es Teller. Di sana, diorang panggil menu ni 'Bontot Goreng'. Boleh kata setiap kali ada kesempatan, mesti nak pi pekena bontot goreng ni.

Bila balik Malaysia, memang tak jumpa dah masakan ekor goreng ni. Ekor mesti buat sup!

So, masa enche Neezam konvo kat Melbourne. Kitorang sempat ke Es Teller lagi dan pekena menu lazat ni untuk terakhir kalinya. Puas aku belek segala rencah yang ada dan cuba ingat rasa lazatnya kat lidah ni. Aku nak tiru!

Dan alhamdulillah. First time buat ekor goreng ari tu, menjadi dengan jayanya. Enche Neezam suka sangat! Dah beberapa kali buat resepi ni... memang sedap!

Kebetulan kat rumah ada akar teratai, jadi aku masukkan sekali dalam menu kali ni. Kalau tak der akar teratai pun tak per.

Akar teratai ni banyak khasiatnya, antaranya menjaga tekanan darah dan sebagai sumber vitamin C. Wallahu alam.

Ekor Goreng Dengan Akar Teratai

Bahan-bahan:-

Ekor 1 kg
Akar teratai 1 biji
Ubi kentang 2 biji
Lobak merah 1 biji
Tomato 1 biji
Sup bunjut tulang Adabi 1 bungkus
Bawang merah 10 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Cili padi 3/5 biji
Cili merah 1 biji
Ketumbar 1 sk
Jintan manis 1 sk
Kulit kayu manis 1 batang
Daun sup dan daun bawang
Kicap pekat 4 sb
Kicap manis 2 sb
Sos tiram 2 sb
Lada hitam 1 sk
Bawang goreng
Air rebusan daging
Gula dan garam secukup rasa

Ekor tu perlulah direbus sehingga lembut terlebih dahulu. Kalau ada pressure cooker atau noxxa lagi bagus! Sekejap jer daging akan menjadi empuk dan lembut bangat!
Rebus ekor dengan garam, halia dan semua dalam pek sup bunjut tulang Adabi. Biar rasa herba tu menyerap ke dalam daging sementara direbus.
Bila daging dah empuk, keluarkan daging. Air rebusan daging tadi jangan dibuang.

Tambahkan kicap pekat pada ekor dan perap sekejap.

Memasak akar teratai juga agak mengambil masa. Akar teratai perlu dikupaskan kulit dan dihiris nipis-nipis. Kemudian direbus dalam 30-40 minit. Boleh juga jika menggunakan pressure cooker.
Bila daging dan akar teratai dah lembut, barulah boleh mula menumis.

Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan halia semuanya dimayang halus.

Jintan dan ketumbar direndam sekejap, kemudian ditumbuk hingga halus.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis semua bahan-bahan yang telah dimayang dan ditumbuk tadi, serta kulit kayu manis.

Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging tadi.

Kemudian masukkan kicap, sos tiram, lada hitam, gula dan garam secukup rasa.

Masukkan pula kentang dan lobak merah dan masak sehingga kentang empuk.

Kemudian masukkan akar teratai, tomato, daun sup, daun bawang dan segenggam bawang goreng dan gaulkan rata. Terus tutup api.

Siap untuk dihidang!

Lebihan sup tadi tu bolehlah dibuat sup. Jangan lupa tambahkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumis ke dalam sup. Barulah ngam!

Serius sedap! Tak rugi cuba!

#juliescookingwithluv

No comments: