Ketupat.
Hidangan wajib setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri bagi kedua-dua belah keluarga aku dan suami. Tetapi bukan calang-calang orang yang pandai buat; samada nak menganyam, mahupun merebus ketupat.
Setiap kali lebaran, mesti nak kena asah skill menganyam balik. Alhamdulillah, setiap tahun masih ingat lagi cara menganyam. Dan biasanya, urusan merebus ketupat diserahkan kepada enche Neezam, my beloved husband.
Tahun ni beraya di sebelah keluarga aku. Kitorang balik beraya di kampung keluarga abah di Tapah Road. Biasanya, dua hari sebelum raya, kitorang akan sibuk menganyam ketupat. Abah aku lah juara menganyam ketupat. Enche Neezam di tempat kedua.
Ini anyaman ketupat pertama aku tahun ni. (^-^) Aku hanya pandai menganyam ketupat bawang.
Kitorang dapat 70 biji ketupat tahun ni. Mostly abah yang anyam.
Kerja seterusnya ialah mengisi dan memasak ketupat. Jom tengok resepi dan cara-cara memasak ketupat.
Ketupat
Bahan-bahan:-
Beras
Air untuk memasak
Cara-caranya:-
Beras dicuci bersih dan direndam selama 2/3 jam.
Tuskan beras.
Masukkan beras ke dalam kelongsong sebanyak 1/3 penuh.
Kemudian ikatkan sebanyak lima-lima supaya senang nak angkat ketika dan selepas rebus.
Sediakan periuk yang besar dan air yang secukupnya untuk merebus kesemua ketupat.
Masukkan daun pandan supaya ketupat berbau wangi dan jika suka boleh masukkan sedikit garam...
Setelah 4 jam, angkat ketupat dan gantungkan di tempat yang sesuai untuk tuskan air dan sejukkan ketupat.
Biarkan sejuk selama beberapa minit dan ketupat sedia untuk dihidangkan dengan lauk-pauk kegemaran korang.
#juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment