Thursday, June 30, 2016

🍴 Popia Nestum Horlicks

Niesreena dah bising dah, "bila nak buat popia nestum ni, mama?"

Tak sempat-sempat. Malam kelmarin sempatkan jugak untuk buat bersama-sama dengan Niesreena.

Popia Nestum Horlicks

Bahan-bahan

Kulit popiah 1 paket besar
Gula 1/2 cawan (dikisar halus)
Nestum 1 cawan (dikisar halus)
Horlicks 1 cawan
Adunan tepung gandum + air sebagai gam

Cara-caranya:-

Bahagi kulit popia kepada dua bahagian.

Gulung dan dibahagian hujung diletakkan 'gam'.

Dah selesai gulung semua, potong popia tersebut kepada bahagian yang lebih kecil.

Kali ni aku potong panjang-panjang sikit. Last time buat kecik-kecik, tak puas makan.

Goreng dengan menggunakan api kecil sehingga kekuning-kuningan.

Campurkan gula, nestum dan horlicks di dalam mangkuk besar.

Masukkan popia tersebut di dalam campuran tadi.

Sebungkus kulit popia saiz besar tu, dapatlah hampir satu balang.

#juliescookingwithluv

No comments: