Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Peria Goreng Garing

Siapa suka makan peria? Peria katak?

Tak ramai yang suka sebab pahit. Terutamanya peria katak ni, memang lebih pahit berbanding peria biasa. Tapi... bak kata orang, yang pahit itu ubat...

Dulu aku pun tak suka peria, tapi sejak cuba resepi ni, memang tersukalah pulak.

Peria Goreng Garing

Bahan-bahan

Peria kata 2-3 biji
Bawang merah 8-10 biji
Bawang putih 5-6 biji
Cili merah 2 biji
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Bersihkan peria dan buang biji di dalamnya.

Hiris peria nipis-nipis. Kemudian gaulkan dengan garam.

Begitu jugak dengan bawang merah, bawang putih dan cili merah - dimayang. Kemudian gaulkan dengan garam.

Panaskan kuali dengan minyak yang banyak sebab ia akan digoreng secara deep fried. Goreng peria yang telah dihiris dengan api yang sederhana besar.

Selepas 5 minit, masukkan pula hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah tadi.

Goreng sehingga bawang bertukar kekuningan.

Angkat dan tuskan minyak di dalam tapis buat seketika sebelum dimasukkan ke dalam pinggan.

Siap!

Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: