🍴 Cornflakes Madu

Hari ni husband kata nak buat kuih raya. Dah siap beli bahan semua dah kecuali mangkuk-mangkuk kecil tu. Puas jugaklah cari sekitar Nilai tak jumpa. Yang ada semuanya bersaiz besar. Mesti saiz kecil ni sangat laku time-time nak raya macam ni sebab semua orang buat cookies.

Tapi alhamdulillah... akhirnya terjumpa sebuah kedai kek yang kitorang tak perasan pun ada kedai kek kat situ. Dan alhamdulillah... jumpa jugak dengan mangkuk yang dicari-cari.

Balik rumah, terus husband memulakan operasi.

Cornflakes Madu

Bahan-bahan

Cornflakes 1 kotak, 500 gm
Butter 125 gm
Gula 1/2 cawan
Madu 1/2 cawan
Sprinkles pelangi
Kismis / Mix fruit

Cara-caranya:-

Di dalam periuk, panaskan butter bersama gula dan madu. Panaskan sehingga gula dan butter cair.
Kemudian, tuangkan ke dalam cornflakes.

Kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil dengan menggunakan sudu.

Taburkan sprinkles di atas conflakes tadi.

Bab ini memang Niesreena suka tolong.

Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'c selama lebih kurang 10 minit.

Pastikan dah sejuk barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selain sprinkles, sedap jugak kalau gunakan kismis atau mix fruits.

Mudah sangat kan?

Bolehlah cuba untuk hidangan hari raya nanti.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: