Labels

Ais Krim (2) Ayam (13) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Daging (9) Ekor (2) Ikan (12) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (1) Kuey Teow (1) Kuih-muih (3) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (68) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (17) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (2) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (4) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Kurma Daging

السلام عليكم

Kalau nak cepat masak daging, sebelum simpan daging untuk sejuk beku, rebus daging terlebih dahulu. Sebaik-baiknya dalam periuk tekanan atau pressure cooker. So, bila nak masak daging, tak perlulah nak masak lama-lama. Lebih-lebih lagi orang yang bekerja macam aku ni. Sampai rumah pukul 6 petang baru nak mula masak. Semua nak kena siapkan cepat. So, kena masak yang cepat dan mudah je.

So, hari ni kita buat kurma daging. Makan dengan nasi lembik sikit... panas-panas. Ya Allah! Memang menaikkan selera!

Masak kurma ni selain daging dan ayam, telur rebus pun sedap dibuat masak kurma tau.

Jom cuba menu mudah ni. Resepi di bawah.

Kurma Daging

Bahan-bahannya:-

Daging lembu 500gm
Bawang merah 5-7 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Rempah kurma Adabi 1 paket kecil
Cili hijau 1-2 batang
Bawang besar 1 biji
Kentang 2 biji
Asam keping 1 keping
Tomato 1 bij
Lobak merah 1 biji
Santan pekat 1 cawan
Air 2 cawan
Garam dan secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:-

Kisar bawang merah, bawang pituh dan halia. Kemudian tumiskan dengan minyak di dalam kuali.
Kemudian masukkan rempah kurma. Goreng sehingga agak garing.
Masukkan air.

Kemudian masukkan santan, daging dan kentang. Daging tu dah siap direbus, jadi tak perlu nak masak lama-lama. Kalau daging masih mentah lagi, masukkan daging dulu dan masukkan kentang bila daging dah lembut.

Masak sehingga kentang agak empuk, kemudian masukkan sayur-sayur potong seperti di cili hijau, bawang merah dan lobak merah serta asam keping.

Jangan lupa perasakan dengan garam dan secukup rasa. Bila masakan dah pecah minyak, baru masukkan tomato.

Biarkan seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram#juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips memasak dan di dapur.
Jom klik di bawah.

No comments: