Labels

Ais Krim (2) Ayam (12) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Daging (8) Ekor (2) Ikan (11) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (1) Kuey Teow (1) Kuih-muih (3) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (57) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (17) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (2) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (3) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Tomyam Cendawan

السلام عليكم

Cendawan tiram antara sayur kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau buat masak tomyam. Memang sedaplah menghirup. Anak-anak pun suka tomyam.

Dulu aku tak pandai buat tomyam. Kalau buat tomyam mesti rasa tak sesedap kat kedai, padahal gunakan paste yang sama jugak. Rupa-rupanya kalau nak tomyam rasa lebih sedap, kena tambahkan sedikit santan dan mesti ada daun ketumbar. Barulah sedap!

So, bila dah tahu bahan rahsia ni, barulah aku pandai buat tomyam sedap.

Jom cuba buat!

Tomyam Cendawan

Bahan-bahan:-

Cendawan tiram 200 gm
Paste tomyam 2 sudu besar
Bawang besar 1 biji dipotong 6
Bawang putih 2 ulas dimayang
Cili padi 4-6 biji dihiris halus
Cili padi Thai 4-6 biji
Serai 1 batang diketuk
Daun limau purut 4 helai
Lobak merah 1 biji
Tomato 1 biji
Limau nipis 1 biji
Daun ketumbar
Santan 1/2 cawan
Sos ikan 2 sudu besar
Udang kecil segenggam
Air 4-5 cawan
Gula 2 sudu besar
Garam dan secukup rasa

* banyak lagi bahan-bahan lain yang bersesuaian yang korang boleh masukkan, ikutlah kegemaran korang

Cara-caranya:-

Rebus air ke dalam periuk. Bila air dah mula panas boleh masukkan perencah tomyam, serai, bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili padi Thai serta daun limau purut.

Kacau sehingga perencah tomyam sebati dengan air.

Kemudian boleh masukkan semua bahan-bahan kecuali santan ke dalam periuk.

Bila air dah mendidih masukkan santan.

Personally, aku suka gunakan santan kotak M&S ni. Rasanya memang lemak dan kalau ada lebihan kita simpan dalam peti ais, boleh tahan lama.

Perasakan dengan gula, garam dan secukup rasa.

Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!<

#juliescookingwithluv

No comments: