Cekodok Pisang

السلام عليكم

Siapa suka makan cekodok pisang? Angkat tangan! Huhuhu...

Ya... aku suka. Tapi susah nak cari cekodok pisang yang aku suka kat kedai sebab kalau kat kedai punya diorang suka letak soda berkarbonat pastu rasa tepung jer lebih. Gebu-gebu tapi tak sedap. Dah rasa macam kek pisang.

Aku suka cekodok pisang macam emak aku buat - lembut jer... tak manis sangat... sedap berkaramel!

Cekodok Pisang

Bahan-bahan: -

Pisang emas 10-15 biji
Tepung gandum 1 cawan
Gula 1 sb atau ikut suka korang
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Minyak untuk deep fry

Cara-caranya: -

Lenyek pisang yang telah dibuang kulit hingga hancur. Gunakan garpu jer senang.

Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.

Gaul hingga sebati.

Kemudian masukkan telur sebiji.

Dan tepung gandum.

Gaul semua sehingga sebati.

Panaskan minyak dan goreng secara deep fry. Masukkan adunan cekodok tu dengan tangan jer. Goreng dengan api sederhana besar.

Bila cekodok dah bertukar warna coklat macam ni, bolehlah angkat dan dihidangkan.

Sedap makan panas-panas masa minum petang.

Nyum!

#juliescookingwithluv

No comments: