Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Paru Goreng Istimewa

Resepi paru ni ialah resepi istimewa keluarga aku.

Aku belajar resepi ni daripada emak. Emak kata dia belajar resepi ni dari kawannya yang berasal dari Brunei satu masa dahulu. Aku tak pernah jumpa masakan ni dimasak dimana-mana tempat lain. Memang favorite kitorang sekeluarga. Niesreena dan Naufal pun suka sangat!

Bila raya, emak selalu masak hidangan ni. Orang pun tahu, rumah Cik Ani mesti ada masak paru sedap ni.

Bila kahwin, aku masakkan untuk hidangan ni untuk keluarga mertua. Diorang pun suka.

Paru Goreng Istimewa

Bahan-bahan:-

Paru lembu 1 kg
Halia 2 inci
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Kicap pekat 4 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Bersihkan paru. Buang segala darah-darah yang terdapat di lubang-lubang.

Potong menjadi bahagian sederhana besar supaya senang nak rebus.
Rebus paru sehingga lembut. Aku gunakan periuk Noxxa. Rebus high pressure selama 35 minit.
Bila dah sejuk, potong paru nipis-nipis.

Tumbuk halia sehingga lumat.
Perap semua bahan-bahan dengan paru.

Di dalam kuali, panaskan minyak. Paru akan digoreng secara deep fried.
Goreng paru dengan api sederhana besar.

Bila paru mula kelihatan berkilat dan garing, bolehlah diangkat.
Toskan minyak dan boleh dihidangkan.

Sedap sangat!

Kalau tak percaya... korang kena cuba!

#juliescookingwithluv

No comments: