السلام عليكم
Sayur hijau ni kalau beli mesti kena terus masak. Kalau tak masak nanti dah kuning tak syok dah nak makan. Bila nampak sayur bok choy fresh ni... hmmmm... sedapnya... masak dengan sos tiram.
Bok Choy Sos Tiram dengan Tauhu
Bahan-bahan: -
Sayur Bok Choy 3-5 pokok
Tauhu 1 keping
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 1 biji
Sos tiram 2 sudu besar
Udang kering 1 sudu besar
Air 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
Bawang merah dan bawang putih dihiris.
Udang kering ditumbuk bagi pecah sedikit.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering dengan sedikit minyak.
Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air.
Bila air dah mendidih, masukkan sayur.
Bila sayur dah hampir layu, masukkan tauhu yang telah dipotong nipis.
Biarkan 3-4 minit dan kemudian boleh dihidangkan.
Senang jer kan. Selamat mencuba.
#juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment