Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Prosperity Burger ala McD

السلام عليكم

Hari ni my Khairunns tak nak makan nasi. Mee dan seangkatan dengannya pun baru jer buat beberapa kali dalam masa terdekat ni. Sejak PKP ni, memang mostly masak jer. Sampai aku pun buntu nak masak apa.

Fikir punya fikir... hmmm... rasanya macam dah lama tak makan burger. Keluar jap cari barang, malam ni buat Prosperity Burger ala McD kegemaran anak-anak.

Biasanya setiap kali Tahun Baru Cina, memang kitorang tunggu-tunggu burger ni.



Bukan susah pun nak buat. Jom cuba!


Prosperity Burger ala McD

Bahan-bahannya:-

Roti oblong 5 buku
Patty oblong ayam atau daging 5 keping
Bawang besar 2 biji
Sos lada hitam 3 sb
Cili sos 1 sb
Salad
Mentega

Cara-caranya:-

Sapukan roti dengan mentega dan bakar di atas kuali.

Kemudian bakar patty oblong dengan sedikit mentega sehingga masak.


Kemudian goreng bawang dengan mentega. Ini untuk karamelkan bawang tu. Kalau ori Prosperity Burger McD, diorang guna bawang mentah jer. Tapi kalau karamelkan bawang tu, lagi sedap!


Bila dah kekuningan dan layu sikit, maksudnya dah siaplah tu.


Untuk kuah, campurkan sos lada hitam dengan sos cili.


Kacau hingga sekata. Masak dengan api kecil.


Kemudian masukkan patty ayam yang telah dibakar tadi. Salutkan patty dengan sos tu.


Bolehlah susun di dalam roti. Tambahkan salad jika suka.


Siap! 

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: