Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Lamb Chop Perapan Istimewa

Malam semalam aku sediakan lamb chop sebagai hidangan makan malam. Western sikit! Sajer jer tukar selera.

Biasanya aku perap daging dengan rempah-rempah 'mix herbs' biasa jer. Tapi semalam aku terjumpa resepi perapan yang lain daripada yang lain dari blog masakan kegemaran aku - Azlita Masam Manis.

Nampak sedap. So, wajib cuba! Lebih-lebih lagi, kak Ita belajar resepi tersebut daripada seorang chef.

Alhamdulillah... tak rugi aku cuba. Memang serius sedap sangat! Tak pernah jumpa resepi lamb chop sesedap ini. Enche Neezam dan little Khairuns pun tak henti memuji kesedapan lamb chop kali ni.

Thanks kak Ita kerana sudi berkongsi resepi. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Korang pun kena cuba resepi ni.

Lamb Chop
Resepi : Chef Amer Hamzah
dari blog Azlita Masam Manis

Lamb Shoulder 10 keping kambing

Lamb chop ni aku beli di pasaraya berdekatan office aku. Tak lah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan beli lamb chop yang dah siap, kan?

Bahan Perapan:-

Bawang putih 8 ulas
Bawang merah 4 ulas
Serai 1 batang
Minyak jagung atau Olive Oil 130 gm
Air 70 gm
Serbuk lada hitam 30 gm
Gula pasir atau brown sugar 40 gm
Serbuk paprika 5 gm
Serbuk Stok Perang Knor 10 gm
Sos HP original 50 gm
Yellow mustard 25 gm
Tyme 2 gm
Rosemary 2 gm
Garam secukup rasa

Kisar bawang putih, bawang merah dan serai bersama-sama air dan olive oil sehingga halus.

Kemudian campurkan pula semua bahan-bahan perapan yang lain.

Kacau sehingga semuanya sekata.

Daging dibersihkan.

Dan diperap dengan bahan perapan. Lumurkan keseluruh bahagian daging.

Susun di dalam bekas dan perap semalaman.

Simpan daging yang telah diperap di dalam peti ais bahagian tidak beku.

Sebelum di simpan di dalam peti ais, biarkan daging yang diperap selama 1 jam sebelum disimpan supaya semua bahan perapan terserap masuk ke dalam daging.

Sedap sangat!

Tak rugi mencuba resepi ni. Walaupun banyak bahan perapan yang diperlukan, tapi rasanya memang sangat berbaloi.

Insya Allah di post berikutnya, aku akan kongsikan resepi sos cendawan lada hitam untuk dimakan bersama dengan lamb chop ni.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: