ุงูุณูุงู ุนูููู
Biasanya ikan cencaru ni aku bakar begitu sahaja. Kalau balik kerja baru nak
masak, memang fikir menu yang mudah-mudah jer. Tapi kali ni aku sumbat
sambal kelapa. Tak lah susah pun nak buat. Senang jer. Rasanya pun sedap.
Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat!


Jom cuba resepi mudah ni.
Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa
Bahan-bahan:-
Ikan cencaru 3 ekor
Kelapa parut putih 1 cawan
Cili merah 4 batang
Bawang putih 1 ulas
Serai 1 batang
Bawang merah 5-6 biji
Limau kasturi 4 biji
Gula 1 sudu kecil
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
Bersihkan ikan cencaru dan kelar di bahagian belakang ikan untuk dijadikan
poket.

Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai sehingga halus.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak.

Tumis sehingga bahan-bahana tersebut agak garing. Tambahkan garam dan gula.

Kemudian masukkan kelapa parut dan perahan air limau.


Sumbatkan sambal kelapa ke dalam poket ikan. Pastikan padat supaya sambal
kelapa tak terkeluar ketika dibakar.


Bakar ikan lebih kurang 5 minit setiap bahagian. Aku tak suka kalau ikan bakar
kering sangat.
Sedia untuk dihidangkan!


Boleh dihidangkan begitu sahaja atau kalau korang suka makan dengan air asam
pun ok.
Selamat mencuba.
Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.
Jom klik di bawah.
No comments:
Post a Comment