Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ayam Bali

السلام عليكم

Ada satu hari di bulan Ramadhan tu, aku tengok kat tv, citer apa ntah, chef ni masak ayam masak bali. Nampak macam senang jer. Lepas tu adik aku pulak cuba masak resepi ni. Adik kata memang sedap. Adik masak kat rumah mertua pun mertua dia kata sedap. So, kali ni aku pun try lah...

Betullah... memang sedap... Dan cara buatnya pun mudah jer.

Jom cuba!

Ayam Bali

Bahan-bahannya:-

Ayam 1 ekor
Bawang besar 1 biji
Bawang merah 8-10  biji
Bawang putih 4 biji
Halia 1 inci
Belacan 1 inci
Sebuk kunyit
Serai 6-8 batang dititik
Daun kari 5-6 tangkai
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap manis 3 sudu besar
Garam & gula secukup rasa<

Cara-caranya:-

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng.

Selepas siap ayam digoreng, gunakan kuali yang sama, kurangkan minyak dalam kuali dan tumis serai dan daun kari.

Goreng serai dan daun kunyit dengan api kecil sehingga naik bau atau serai bertukar warna coklat.
Kemudian masukkan cili giling dan bawang merah, bawah besar, bawang putih, halia dan belacan yang telah dikisar halus.

Masak sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit ayer kalau kalau pekat atau kering sangat.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

Masak dengan api kecil sehingga ayam sebati dengan kuah.
Sedia untuk dihidangkan!

#juliescookingwithluv

No comments: