Ikan Bawal Goreng Asam

السلام عليكم

Bila takder selera... tapi lapar... biasanya aku suka nak makan nasi panas-panas dengan lauk masam-masam tapi kering tak berkuah. Dan biasanya inilah lauk kegemaran aku. Berselera terus makan. Kalau makan masa bersahur pun... memang naik selera!

Ikan Bawak Goreng Asam

Bahan-bahan:-

Ikan bawal 1 ekor
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili padi 7-8 biji
Cili merah 1 biji
Asam jawa 1 sudu besar
Air 1/2 cawan
Gula 1 sudu kecil
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Ikan bawal yang telah dibersihkan digoreng dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Bila ikan dah garing bolehlah diangkat dan diketepikan dahulu.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah yang telah dimayang dan dihiris halus.

Kemudian masukkan air asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.

Bila air dah mendidih, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi.

Biarkan seketika dan kemudian boleh tutup api.
Sedia untuk dihidangkan!

Memang sedap dan menaikkan selera!

#juliescookingwithluv

No comments: