Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Kuetiau Hong Kong

Tadaaaaaa!! My kuetiau Hong Kong!

Nampak menyelerakan tak?

y(^-^)y

Aku memang suka order menu ni bila makan kat restoran. Tapi susah nak jumpa yang pandai buat. Kekadang dah macam kuetiau ladna. Telur dan kuetiau tak ranggup. Kecewa sungguh.

So, kiter buat jer lah sendiri kat rumah yer...

Kena make sure, kuetiau yang digoreng salut dengan telur mestilah garing! Baru sedap!

Kuetiau Hong Kong

Bahan-bahan:-

Kuetiau 1 bungkus - boleh jugak ganti dengan bihun atau mee, ikut kegemaran korang
Telur ayam 1 biji (Gred A)
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk kuah:-

Bawang putih 4 ulas ditumbuk
Cili padi 3 biji dihiris halus
Udang dan sotong
Lobak, kailan, asparagus atau apa-apa sayuran yang korang suka, yang sesuai
Sos tiram 2 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu
Lada sulah 1 sudu kecil
Serbuk perisa ayam 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Cara-cara untuk kuah:-

Memula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk tadi.
Kemudian masukkan cili padi dan sayur-sayuran.
Apabila sayur macam nak empuk atau masak, masukkan sotong dan udang.
Campur sedikit air, sos tiram, lada sulah, perisa ayam dan garam secukup rasa.
Bancuh tepung jagung dan sedikit air, kemudian masukkan dalam kuah.
Bila kuah dah pekat, boleh matikan api.

Cara-cara untuk kuetiau:-

Kuetiau dibahagiakan mengikut sukatan atau bahagian 1 orang makan.
Dalam mangkuk, pukul 1 biji telur dan garam dan kemudian masukkan 1 bahagian kuetiau. Gaulkan rata.
Di dalam kuali, panaskan minyak lebih kurang 1/2 cawan. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan kuetiau.
Bila bahagian bawah dah kuning dan masak, terbalikkan kuetiau tadi.
Bila dah nampak masak dan garing, angkat dan tuskan kuetiau tersebut.
Dapatlah macam kat bawah ni!

Bolehlah dihidangkan dan tuangkan kuah bila dah ready untuk dimakan.

Kalau suka masam sikit, bolehlah sediakan sebiji limau kasturi.

Yummeh! Seriously sedap!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: