Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Nasi Goreng Petai

Bila dah kebuntuan idea nak masak apa... tapi nak sedap dan mudah... dalam kepala mesti terfikirkan nasi goreng. Tengok dalam peti ais ada petai! So, hari ni nak kongsikan dengan korang nasi goreng petai.

Nasi Goreng Petai

Bahan-bahannya:-

Nasi 4/5 cawan
Cili padi 5-10 batang (ikut tahap pedas korang)
Bawang merah 6/7 biji
Bawang putih 3 ulas
Petai 10-15 biji
Sotong 3/4 ekor
Ikan bilis segenggam
Telur 2 biji
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
Manakala ikan bilis direndam sekejap kemudian ditumbuk agak-agak pecah dan tidak terlalu lumat.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi.
Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
Kemudian boleh masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong kecil.

Gaul sebati dan masukkan garam.
Masukkan nasi dan gaul rata.

Kemudian masukkan telur.

Bila nasi dah hampir nak kering, masukkan pula petai yang telah dibelah dua.

Teruskan gaul sehingga nasi kering.

Cuba rasa nasi dan pastikan tahap masin nasi goreng adalah menepati citarasa. Nasi goreng yang sedap ialah nasi goreng yang seimbang tahap pedas dan masin dia. Kalau tawar, tak syok oooo...

Bila nasi dan agak kering, bolehlah matikan api dan disajikan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: