Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Telur Dadar Garing

السلام عليكم

Aku rasa rata-rata orang Malaysia memang suka makan telur dadar. Kalau dah masak special macam manapun, kalau ada telur dadar atas meja, mesti wajib ambik jugak kan... Huhuhu... Samalah dengan orang dalam rumah ni...

Tapi kalau dapat telur dadar yang digoreng garing, memang lagi cepatlah licin pinggan telur dadar tu. 

Dulu aku tak pandai jugak buat telur dadar garing-garing ni. Aku buat gebu-gebu jer. Tapi bila pekena telur dadar garing kat restoran Thai, memang telur buat garing-garing jer.


So, hari ni nak share resepi simple tapi sedap ni. Huhu... macam mana nak buat telur dadar garing!

Telur Dadar Garing

Bahan-bahan:-

Telur ayam 2 biji
Garam secukup rasa
Minyak 5 sb untuk menggoreng
*kalau korang suka masukkan bawang dan cili merah, boleh masukkan jugak. Kat rumah aku ni peminat telur dadar kosong jer.

Cara-caranya:-

Pecahkan telur dan tambahkan sedikit garam. Kemudian pukul telur.


Sediakan kuali dengan minyak untuk menggoreng. Minyak tak boleh terlalu banyak sebab tak nak telur terlalu berminyak dan tak boleh sikit sangat sebab nanti tak jadi garing. 

Api sederhana besar.


Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan telur tadi. Bila masukkan telur, telur terus keluarkan gelembung-gelembung belon tu, maksudnya minyak memang panas dan bahagian tu lah sedap bila dapat garing. Nyum!


Terbalikkan bila bahagian dah garing dan goreng sebelah lagi sehingga garing.

Dapatlah telur dadar garing!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: