السلام عليكم
Nasi goreng kubis bunga @ cauliflower ni biasanya dilabel sebagai makanan sihat untuk orang yang sedang diet. Tapi aku tak sedang diet pun, sajer jer nak makan. Huhuhu...
Biasanya ada 2 version nasi goreng ini iaitu satu, ada yang goreng menggunakan nasi macam goreng nasi biasa. Dan yang keduanya, ada yang 100% gantikan nasi dengan cauliflower. Maksudnya memang tak gunakan nasi langsung.
Resepi kali ni, aku akan gunakan nasi.
Memang sedap tau. Lebih-lebih lagi bila cauliflower tu kiter tak masak lama sangat. So, bila makan ada terasa rangup rangup cauliflower tu, memang ngam sangat!
Jom cuba!
Nasi Goreng Kubis Bunga @ Cauliflower
Bahan-bahannya:
Nasi putih 3 cawan
Cauliflower 2 cawan (diracik halus)
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 1 ulas
Cili padi 3-4 biji
Telur 2 biji
Lobak merah (dihiris halus)
Garlic butter 2 sb - kalau tak der garlic butter, guna butter biasa atau minyak zaitun pun ok
Garam kasar dan secukup rasa
Cara-caranya:
Panaskan kuali dan cairkan butter.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah dihiris halus.
Bila semua dah hampir masak, masukkan telur.
Hancurkan telur dan masukkan garam kasar dan secukup rasa.
Kemudian masukkan nasi putih.
Gaulkan semua dengan nasi sehingga sekata.
Masukkan cauliflower dan lobak merah yang telah diracik halus.
Gaulkan semua sehingga sekata.
Biarkan dalam 3-4 minit agar cauliflower masak sedikit dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.
Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.
Jom klik di bawah.
No comments:
Post a Comment