Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Clear Fish Ball Soup

السلام عليكم

Eh... eh... eh... tetiba resepi hari ni bahasa omputeh pulak kan? Hehehe... sekali sekala... apa salahnya ek.

Balik kerja petang semalam memang rasa buntu tak tau nak masak apa. Tengok dalam peti ais masih ada lagi bebola ikan lebihan masak oden hari tu.

So, aku fikir... buat soup pun sedap ni! Lebih-lebih lagi baru lepas hujan ni.

So jadilah... resepi mudah dan ringkas ni... Tapi yang penting anak-anak suka terutamanya si kecik aku tu.

Jom buat resepi mudah ni.

Clear Fish Ball Soup

Bahan-bahannya:-

Bebola ikan @ fish ball 10-15 biji
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1/2"
Serbuk lada putih @ lada sulah 1/2 sudu kecil
Air 1 liter
Garam dan secukup rasa
Sedikit daun ketumbar dan daun bawang

Cara-caranya:-

Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang halus.

Masak air sehingga panas dan masukkan semua bahan-bahan kecuali daun ketumbar dan daun bawang.

Perasakan dengan serbuk lada sulah, sedikit garam dan secukup rasa.

Bila bebola dan masak, baru masukkan daun ketumbar dan daun bawang.

Dan boleh terus tutup api.

Sedia untuk dihidangkan!

Senang jer kan?

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: