Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Pucuk Ubi Sambal Minang

السلام عليكم

Resepi kali ni aku dapat daripada salah satu daripada facebook masakan yang aku join. Tapi aku tak ingat pulak dari facebook yang mana satu. Cari-cari balik tak jumpa tapi sempat salin resepi.

Pernah makan pucuk ubi sambal minang ni?

Aku tak pernah. Biasanya pucuk ubi aku buat masak lemak atau masak dengan tempoyak atau rebus macam tu jer. Kali ni nak try pulak resepi baru. Lagi pulak resepi ni nampak senang jer. Sesuai dengan tagline blog ni - 'Kiter masak senang-senang ajer...'

Hehehe...

Pucuk Ubi Sambal Minang

Bahan-bahannya:-

Daun pucuk ubi secekak
Cili merah 2 biji
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 biji
Cili padi 7-8 biji
Tomato 1 biji
Ikan bilis sedikit
Belacan 2 cm
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Pucuk ubi dibersihkan dan direbus lebih kurang 15 minit.

Bila dah masak, tuskan air, kepal pucuk ubi tersebut dan potong lebih kurang 1cm lebar.

Kemudian cerai-ceraikan.

Bahan-bahan lain iaitu belacan, cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan tomato dipotong kasar dan digoreng dengan minyak di dalam kuali.

Setelah semua bahan dah layu dan sedikit garing, kisarkan semuanya kecuali ikan bilis.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar.

Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.

Goreng sehingga bahan tumisan garing. Masukkan garam secukup rasa.

Kemudian masukkan sayur pucuk ubi yang telah dipotong tadi.

Gaul sehingga sebati dan goreng sehingga agak kering.

Sedia untuk dihidangkan.

Seriusly sedap makan bersama dengan nasi panas-panas.

Tak percaya? Jom cuba!

#juliescookingwithluv

No comments: