Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Baby Kailan Ikan Masin

Sayur kailan ni merupakan salah satu sayur kegemaran aku. Aku suka rasanya yang fresh dan rangup.

Semalam gi pasaraya, kebetulan terjumpa baby kailah. Waaaa... sedapnya! Kebetulan jugak ada stok ikan masin kat rumah. Hmmm... apa lagi... mesti buat kailan ikan masin!

Kalau kailan ikan masin version aku, aku tak suka ada sos tiram sebab nanti hilang rasa ikan masin tapi rasa sos tiram pulak.

Baby Kailan Ikan Masin

Bahan-bahannya:-

Baby Kailan 5 batang
Ikan tenggiri masin 3 potong
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 biji
Cili merah 1 biji

Cara-caranya:-

Sayur kailan dibersihkan dan dipotong. Asingkan batang dan daunnya.
Ikan masin dipotong dadu kecil-kecil.
Bawang besar, bawang putih dan cili merah dimayang.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minnyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang dan ikan masin.

Bila bawang-bawang dah mula layu dan ikan masin dan garing, masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan batang-batang sayur.

Gaul sebati untuk seketika dan kemudiannya masukkan pula bahagian daun ke dalam kuali.

Biarkan dalam 2 minit dan bolehlah tutup api. Jangan terlalu lama supaya sayur tidak terlalu layu.

Sedia untuk dihidangkan... Selamat menjamu selera!

#juliescookingwithluv

No comments: