Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Sotong Bakar Bersambal

Tak sangka dapat candat sotong yang agak besar kali ni.

Eh... bukan candat sotong kat laut yer... candat sotong kat kedai jer.

Hehe...

Kali ni kiter kasi bakar!

Sotong Bakar Bersambal

Bahan-bahan:-

Sotong besar 3 ekor
* Bawang merah 5 biji
* Bawang putih 2 biji
* Halia 2 inci
* Serai 3 batang

(* dikisar halus)

Cili giling 2 sudu besar
Serbuk ketumbar 1 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Gula 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihkan sotong dan kelar sotong jangan sampai putus.

Satukan semua bahan-bahan termasuk yang telah dikisar.

Perapkan sotong dan biarkan selama sejam atau lebih.

Sebaiknya gunakan non-stick pan, so sotong takkan melekat di kuali.

Letakkan sedikit minyak zaitun dan bakar selama 15-20 minit.

Balik-balikkan sotong dan sambalnya agar ia masak sekata.

Siap!

Mudah sangat dan gerenti sedap. Korang kena cuba tau.

#juliescookingwithluv

No comments: