السلام عليكم
Kadang-kadang rasa tak nak makan nasi sebab tak der idea nak masak lauk apa. Memandangkan mode suami tengah diet sekarang ni. So, fikir nak masak yang ringan-ringan jer, yang senang-senang jer... dan menyihatkan...
Apa lagi... Aglio Olio lah!
Resepi simple tapi sedap. Anak-anak pun suka.
My princess, Niesreena kata, kalau mama masak spaghetti ni hari-hari pun boleh. Huhuhu... Mama yang tak buleh, sayang... Mama mesti nak cari nasi.
Spaghetti Aglio Olio
Bahan-bahannya:-
Spaghetti 1 bungkus
Udang 10 ekor
Sotong 4 ekor
Bawang putih 4 ulas *dicincang halus*
Minyak zaitun 5-6 sudu besar
Cili flakes 2 sudu besar
Daun english parsley
Garam secukup rasa
Keju parmesan 3/4 sb
Cara-caranya:-
Rebus spaghetti lebih kurang 15-20 minit. Better al dante. Pastikan jangan overcook.
Udang dan sotong dibersihkan.
Di dalam kuali. Letakkan minyak zaitun dan bawang putih yang telah dicincang.
Boleh terus masukkan bawang putih tu sebelum minyak panas supaya minyak tersebut dapat meresep rasa bawang putih.
Lepas lebih kurang 1 minit, masukkan udang dan sotong.
Masak sehingga udang bertukar warna merah. Kalau rasa minyak kurang, bolehlah tambahkan lagi olive oil ke dalam masakan.
Kemudian bolehlah masukkan garam dan cili flakes.
Dan spaghetti.
Serta daun english parsley yang telah dicincang.
Bagi yang tak tahu rupa daun parsley, dia macam daun sup tapi lebih kerinting sikit. Kalau tak jumpa english parsley, boleh gantikan dengan daun sup sahaja.
Bila semuanya dah digaul rata, bolehlah matikan api dan tambahkan sedikit keju parmesan di dalma hidangan.
Sedia untuk dihidangkan!
Nyum nyum... sedap!
Selamat mencuba!
#juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment