Pages

Pengat Pisang dengan Sagu

Kat rumah masih ada lagi lebihan pisang nipah pemberian jiran sebelah. Separuh darinya aku dah buat pisang molen. Ada tinggal lagi beberapa biji lagi.

Memandang hari ni nak pergi berbuka di luar dan tak bercadang nak masak apa-apa, so, aku buat sedikit pengat pisang. Buat alas perut sementara nak pergi ke restoran. Kitorang hanya akan ke restoran selepas solat maghrib di rumah sebab malas nak tergopoh-gapah makan dan bersesak-sesak di surau luar.

Pengat Pisang Bersagu

Bahan-bahan:-

Pisang 5-6 biji (aku guna pisang nipah)
Sagu 2 sudu besar
Gula merah 2 sudu
Gula pasir 1 sudu
Santan 1 cawan
Daun pandan 1 helai
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Belah pisang menjadi beberpa bahagian kecil.

Sagu hendaklah direndam dan dibersihkan terlebih dahulu.

Masak sagu dengan air selama beberapa minit sehingga sagu menjadi cerah.

Bila sagu dah nampak 'clear', maksudnya sagu dah masak dan tak keras bila makan.
Kemudian bolelah masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
Bila gula dah cair, masukkan santan dan pisang.
Masak selama beberapa minit dan kacau sehingga semua sebati.
Bolehlah matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment