Pages

🍴 Nasi Hujan Panas Hadiah Harijadi

Alhamdulillah... semalam berinjak usia aku ke 36 tahun. Syukur kehadrat Allah swt, pada hari ini aku masih dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Semalam, tiada apa-apa sambutan yang istimewa, tiada kek apatah lagi bunga-bungaan. Cuma ada yang extra istimewa sahaja - nasi hujan panas air tangan suami bersempena hari jadi aku untuk juadah berbuka semalam.

Alhamdulillah, hasilnya sangat sedap, secantik rupanya...

Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:-

Beras Basmathi 3 cawan (kami pakai beras herba ponni)
Minyak sapi 1 sudu
Butter 1 sudu
Susu cair 1 cawan
Air 2 cawan
Pewarna - merah, hijau, kuning, biru
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk tumis:-

Kulit kayu manis 1 batang
Bunga lawang 3 kuntum
Cengkis 3 biji
Pelaga 3 biji
Daun pandan 1 helai

Bahan-bahan dikisar:-

Bawang merah 4 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci

Bahan-bahan tambahan:-

Gajus dan kismis

Cara-caranya:-

Rendam beras selama 20 minit kemudian cuci dan toskan.
Di dalam kuali, panaskan butter dan minyak sapi.
Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis dan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
Kacau selama beberapa minit sehingga semua bahan agak sebati.
Tutup api dan pindahkan masakan ke dalam periuk nasi.
Masukkan beras yang telah dibersihkan.

Masukkan kismis di dalam beras dan tanak nasi sehingga masak.

Bila nasi dah masak, gunakan chopstik celupkan chopstik ke dalam pewarna, kemudian cucuk ke nasi.

Tutup semula penutup dan biarkan pewarna meresap ke dalam nasi selama beberapa minit.
Kemudian gemburkan nasi.

Kemudian taburkan gajus. Gajus tu hendaklah dibakar sehingga garing di atas kuali terlebih dahulu.

Siap!

Bolehlah dihidangkan dengan lauk-pauk yang bersesuaian. Untuk berbuka semalam dengan nasi hujan panas ni, Enche Neezam sediakan ayam masak merah dan acar timun dan nanas serta papodom.

Alhamdulillah... hadiah harijadi yang sangat istimewa daripada enche husband... nasi hujan panas...

#juliescookingwithluv

2 comments:

  1. Ooo mcm tu caranya nk buat nasi warna warni..
    baru tau...
    tq utk resepi, lain kali bo cuba..

    ReplyDelete