Pages

Kuetiau Goreng Kerang

السلام عليكم

Pagi ni kita buat kuetiau goreng kerang untuk breakfast. Goreng dua bungkus kuetiau, ingatkan bolehlah sampai ke tengahari, rupanya sekali hadap jer. Sedap katanya... Alhamdulillah...



Dulu aku tak pandai goreng kuetiau... kalau goreng, mesti benyek dan hancur. Tapi sekarang ni dah pandai dah. Tipsnya ialah kuetiau kalau simpan, jangan simpan dalam peti ais. Biar jer suhu bilik. Dan kalau nak basuh sebelum goreng, basuh dengan air sejuk.

So, bila goreng, kuetiau tu akan cantik dan panjang jer. 

Jom cuba resepi kali ni, klik kat bawah.
Kuetiau Goreng Kerang

Bahan-bahannya:-

Kuetiau 2 paket
Segenggam isi kerang
Daun kucai
Taugeh
Cili giling 3 sb
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Sos cili 1 sb
Kicap pekat 1 sb
Sos tiram 1 sb
Tahu 2 keping - digoreng
Telur 2 biji
Garam dan secukup rasa

Cara-caranya:-

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar serta cili giling.


Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram, kicap dan sos cili.


Gaul rata dan kemudian masukkan isi kerang.


Gaul rata dan tambahkan garam dan secukup rasa.


Kemudian masukkan kuetiau.


Gaul sos rata dengan kuetiau.


Kemudian masukkan lain-lain bahan.


Masak sehingga daun kucai lembut dan ikut korang suka kuetiau tu kering macam mana.


Kitorang tak suka kering sangat. Suka basah-basah sikit.


Siap!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment